Perbezaan Kemas Ikat



Perbezaan kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul




Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung.




  • Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.
  • Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah kumai dan timbul julur

1 ulasan: