Contoh Soalan : Kerja Bata
1. Antara berikut, yang manakah jenis ikatan yang BENAR?
a) Ikatan Sisi Bata
- Bata disusun dengan meletakkan sisi bata di setiap lapisan.
b) Ikatan Kepala Bata
- Kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama
c) Ikatan Sisi Bata
- Bata disusun dengan sisi bata pada lapisan pertama dan susunan kepala bata pada lapisan ke dua dengan ketebalan 1 bata.
d) Ikatan Kepala Bata
- Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli dengan ketebalan setengah bata.
2.
a) Nyatakan TIGA (3) bata yang biasa digunakan di dalam projek pembinaan
b) Senaraikan EMPAT (4) peringkat utama proses penghasilan batu-bata. Dan terangkan secara ringkas DUA(2) daripadanya.
c) Terdapat beberapa jenis susunan bata di dalam kerja membina sebuah dinding bata. Nyatakan jenis-jenis susunan bata tersebut beserta lakarannya.
3.
a) Nyatakan jenis-jenis bata beserta ukurannya masing-masing.
b) Dengan bantuan lakaran, labelkan bahagian-bahagian bagi sebiji bata.
c) Senaraikan LIMA (5) jenis ikatan di dalam kerja bata.
d) Dengan bantuan lakaran, senaraikan jenis-jenis kemas ikat di dalam kerja bata.
4. Corak atau pola susunan bata adalah bergantung pada jenis ikatan bata dengan tujuan untuk mengekalkan kekuatan sesuatu binaan. Berdasarkan maklumat yang diberikan, nyatakan nama bagi ikatan bata pada Gambar foto 1 dibawah pada ruang jawapan yang disediakan.
5. Rajah 2 di bawah menunjukkan proses bagi melepa sebuah tembok bata.
Susunkan langkah kerja secara berturutan di dalam ruang yang disediakan.
6. Rajah 3 menunjukkan jenis bata bertujuan khas dan kegunaannya
Rajah 3
a) Namakan jenis-jenis bata di Rajah 3.
b) Nyatakan kegunaan bagi setiap jenis bata di Rajah 3.
7. Rajah 4 menunjukkan kerja memotong bata untuk menyediakan pelbagai jenis bata kerat.
Rajah 4
Nyatakan kaedah yang betul untuk memotong bata berkenaan
8. Rajah 5 menunjukkan aktiviti menerap bata yang telah anda lakukan.
Nyatakan aktiviti menerap bata berkenaan
9. Rajah 6 menunjukkan peralat tangan yang digunakan dalam kerja bata. Padankan nama alatan tersebut dengan gambar yang betul.
Rajah 6
10. Lakarkan jenis bata penutup berikut:
a) Bata penutup 1/2 (queen closer)
b) Bata penutup serong (bevelled closer)
c) Bata penutup 3/4 (king coser)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan