Jenis-jenis Ikatan Kerja Bata
Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.
Ikatan Sisi bata
Ikatan Sisi Bata | Ikatan Sisi Bata |
Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 3.1 (a). Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.
Ikatan Kepala Bata
Ikatan Kepala Bata | Ikatan Kepala Bata |
Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.
Ikatan Inggeris
Ikatan Inggeris | Ikatan Inggeris |
Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 16 (b) menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.
Ikatan Flemish
Ikatan Flemish | Ikatan Flemish |
Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.
Lain-lain Ikatan Bata
Selain dari ikatan yang tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman Flemish, ikatan Monk, ikatan Dutch, ikatan palang Inggeris, ikatan bata perangkap tikus, ikatan bata silverlock dan ikatan raking.
tq , helps me alot
BalasPadamtq , helps me alot
BalasPadamsaya ingin mengucapkan selamat hari raya
BalasPadamnama saya salehudin
BalasPadam👌
BalasPadamBisa tidak, tolong jelaskan ikatan rebah pada batu bata
BalasPadammaklumat yang diberi amat baik sekali untuk memperluaskan approach kita dalam kerja-kerja ikat batu bata.TUVM.
BalasPadamsangat bermanfaat :)
BalasPadamSgt bermanfaat, saya dah faham prbezaannya
BalasPadamtq
BalasPadamjhfscbn n
BalasPadamMaaf ada teguran sedikit.
BalasPadamGambarajah tembok dengan penerangan tidak Sama.
Maksud nya ..lukisan pandangan hadapan salah.mohon betulkan
Pandangan isometric pon harris d kemaskini.
BalasPadamterima kasih ,salam dari politeknik kota bharu
BalasPadam