Jenis-jenis Kemas Ikat


Jenis-jenis kemas ikat 


Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:

  • Sambung ‘struck’ bawah iaitu juga dipanggil santak. Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung ‘struck’ atas pula sesuai untuk bata tekan yang licin.
  • Sambung terbenam juga dipanggil keruk. Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi memerlukan kedalaman sambungan yang sama.
  • Sambung rata dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan sesuai untuk semua kedudukan. Untuk memperolehi kemasan bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur.
  • Sambung V ini akan kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk menghasilkan ikatan yang kemas dan baik.
  • Sambung julur pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan