Ahad, 30 Disember 2012

Kursus Binaan Bangunan


Kursus binaan bangunan ini merupakan salah satu kursus aliran vokasional yang ditawarkan di Kolej Vokasional Batu Pahat. Kursus ini terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan PMR yang berminat untuk menceburi bidang kejuruteraan awam binaan bangunan.

Pelajar yang mengikuti kursus ini dikehendaki mengikuti Mata Pelajaran Teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Sains dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan) dan Mata Pelajaran Elektif Vokasional (Bahan Binaan dan Teknologi Binaan).